Monday, August 14, 2017

Lampiran Peristiwa 13 Mei 1969

                                                          LAMPIRAN 13 MEI :-




































Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang telah berjuang habis-habisan hingga mengorbankan nyawa mereka sendiri demi ketenteraman rakyat dan demi tanah mereka sendiri. Tanpa mereka, tidak Merdeka lah Malaysia pada waktu sekarang. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Moga jiwa kalian bersama mereka yang diredhai oleh Allah S.W.T. Amin Ya Allah.



Sumber : Google & Wikipedia 

Sunday, August 13, 2017

Peristiwa 13 Mei 1969 :

PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang telah berlaku antara kaum Melayu dan Cina disebabkan oleh kemuncak masalah perpaduan di Malaysia ketika itu. Tragedi ini juga telah menyebabkan kehilangan nyawa rakyat-rakyat sekeliling seperti ibu yang kehilangan anaknya, isteri yang kehilangan suaminya dan juga harta benda rakyat seperti tanah penempatan mereka. Peristiwa 13 Mei ini mempunyai kaitan rapat dengan ''Pilihan Raya Umum 1969'' yang merupakan satu sejarah negara Malaysia. Seperti yang telah dimaklumkan bahawa tragedi ini telah berlaku pada 13 MEI 1969 sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 yang bertempat di Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja (SELANGOR). Disebabkan itu, tragedy ini telah dinamakan sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei ini, telah banyak meninggalkan kesan yang negatif khususnya terhadap masyarakat Melayu dan golongan bumiputera. Pengenalan ekonomi mengikut umumnya, adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini adalah merupakan satu kesan yang sangat nyata selepas penjajahan British di tanah melayu. Dasar ekonomi baru yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1971, adalah merupakan salah satu usaha dengan bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi pada masa dulu dan sekarang. Malahan, dasar tersebut juga bertujuan untuk merapatkan kembali dan memulihkan keadaan hubungan antara semua kaum di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 ini juga merupakan satu tragedi berdarah yang telah banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia.

Pada tahun 11 dan 12 Mei 1969, kedua-dua parti tersebut telah mengadakan perarakan secara besar-besaran tanpa izin dari pihak polis. Perarakan tersebut ialah kesinambungan daripada perarakan jenazah yang dilakukan Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran sebelum pilihan raya. Setelah menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya, UMNO juga mengadakan perarakan atas kejayaan mereka. Ketika itu, perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor. Perarakan provokatif ini telah membakat semangat setiap kaum. Pergaduhan telah berlaku sehingga bantuan ketenteraan dipanggil kerana polis gagal mengawal keadaan yang berlaku di Kuala Lumpur. Terdapat seramai 493 orang yang cedera. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak seperti pemimpin negara sedar dan mula meneliti isu perpaduan dengan serius kerana keganasan yang berlaku.        


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969:- ⧬

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina telah dilayan secara berbeza-beza kerana telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang melayu dan cina.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan, manakala orang-orang bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Melayu tinggal di luar. Kaum India pula kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang . . Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. . Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

 Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.


Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

SOROTAN PERISTIWA:- ⧬

Sebelum Mei 1969

Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sektor ekonomi berbeza. Sistem pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.

Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959),Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yewmelalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”

Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis  dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.

10 Mei 1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”

Keputusan pilihanraya menyaksikan PERIKATAN dinafikan majoriti mudah di parlimen oleh pembangkang. GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. Walaubagaimanapun GERAKAN tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.

11 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan DAP”

DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat- kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN”

GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam  lu, sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.

13 Mei 1969 “Tragedi”

Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”.  7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram. Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh.

TINDAKAN YANG DIAMBIL SUSULAN PERISTIWA 13 MEI :- ⧬

Pengishtiharan Darurat

Perdana Menteri , Tuanku Abdul Raman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang Dipertuan Agong Malasysia untuk mengisytiharkan Darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. YDPA  Malaysia telah mengisytiharkan darurat pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Negara(MMN)

JPN ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.

Penubuhan Majlis Negara(MAPEN) pada 29 Jan 1970

Ia bertujuan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk membentuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pembentukan MAGERAN pada 17 Mei 1969

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

                                    KESAN-KESAN :- ⧬

Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.

Politik
Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.

Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.

Ekonomi

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

Pendidikan

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.

Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.


Sosial

Sosial di negara pada masa itu juga turut terjejas disebabkan ketidaksefahaman antara kaum Cina dengan kaum Melayu kerana kaum Cina kurang mendapat perhatian di hati penjajah. Kaum Cina juga turut ditindas dengan begitu kejam pada zaman pemerintahan Jepun. Hal ini menyebabkan setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak serta tidak sependapat.

KESIMPULAN:- ⧬

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.

Rujukan :- ⧬

➥http://kautahutak.blogspot.my/2012/05/tragedi-13-mei-1969.html

➥http://tragedi13mei1969.blogspot.my/

➥http://azfarsafwan.blogspot.my/

➥http://islamicplayer.blogspot.my/2013/04/faktor-peristiwa-13-mei-1969-pendidikan.html?q=13+mei

➥https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

➥http://ninieila27.blogspot.my/2014/10/kesimpulan.html













Penghargaan Dari Kami :

                                       PENGHARGAAN :

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan E-Folio Pengajian Malaysia ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah membantu kami membuat dan menyiapkan tugasan ini. E-Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami dan kami berharap pencapaian kami dalam subjek ini akan lulus dengan cemerlangnya. Amin. Dan kami juga menyusun sepuluh jari memohon beribu-ribu kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan dan tersentuh hati yang tidak disengajakan sepanjang dalam menyiapkan E-Folio Pengajian Malaysia ini. Sekian, terima kasih.




Indeks Dalam Tajuk Ini :

                                                               INDEKS :-

1. PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969


2. PUNCA-PUNCA BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 1969


3. SOROTAN PERISTIWA 13 MEI 1969


4. TINDAKAN YANG DIAMBIL SUSULAN PERISTIWA 13 MEI 1969


5. KESAN-KESAN AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969


6. KESIMPULAN


7. RUJUKAN

8. PENGHARGAAN

Cover Pengenalan :

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)

Assalamualaikum w.b.t. kepada mereka yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada mereka yang lain. Semoga hidup anda ceria selalu. Syukur terhadap Ilahi kerana saya, wakil kepada group kami masih bernafas dan mempunyai tenaga untuk menulis entry di blog untuk kali ini . Dan juga kami bersyukur kerana telah mendapat keizinan dari tenaga pengajar kami, Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana telah memberi keizinan kepada kami untuk berkongsikan sejarah peristiwa ini dan juga kami berasa syukur kerana kami akhirnya dapat menyelesaikan dan menyediakan tugas yang telah diamanahkan kepada kami dengan penuh tanggungjawab. Kali ini, kami akan membicarakan topik tentang Peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam buat rakyat Malaysia pada zaman dahulu bahkan hingga sekarang. Kami berharap agar anda semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini.

Dari :

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, Kuantan Pahang.

    Nama Pensyarah Pengajian Malaysia ðŸ‘¨ :

    Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi

Nama Ahli :-

  1) Nur Syalbiah Binti Rozman
02DSK17F1001

2) Siti Nur Aliffah Binti Azmi
02DSK17F1059

3) Nur Fatihah Binti Rosani 
02DSK17F1005

                4) Nur Qamarina Binti Norfairuzazuan
02DSK17F1079

              5) Nur Aimi Hanis Binti Abdul Halim
02DSK17F1081