PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969
ialah rusuhan kaum yang telah berlaku antara kaum Melayu dan Cina disebabkan
oleh kemuncak masalah perpaduan di Malaysia ketika itu. Tragedi ini juga telah
menyebabkan kehilangan nyawa rakyat-rakyat sekeliling seperti ibu yang kehilangan
anaknya, isteri yang kehilangan suaminya dan juga harta benda rakyat seperti
tanah penempatan mereka. Peristiwa 13 Mei ini mempunyai kaitan rapat dengan
''Pilihan Raya Umum 1969'' yang merupakan satu sejarah negara Malaysia. Seperti
yang telah dimaklumkan bahawa tragedi ini telah berlaku pada 13 MEI 1969 sebaik
sahaja selepas Pilihan Raya 1969 yang bertempat di Kuala Lumpur dan
sekelilingnya sahaja (SELANGOR). Disebabkan itu, tragedy ini telah dinamakan
sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei ini, telah
banyak meninggalkan kesan yang negatif khususnya terhadap masyarakat Melayu dan
golongan bumiputera. Pengenalan ekonomi mengikut umumnya, adalah bukti yang
jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini adalah merupakan satu kesan yang sangat
nyata selepas penjajahan British di tanah melayu. Dasar ekonomi baru yang telah
ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1971, adalah merupakan salah satu
usaha dengan bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi pada masa
dulu dan sekarang. Malahan, dasar tersebut juga bertujuan untuk merapatkan
kembali dan memulihkan keadaan hubungan antara semua kaum di Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini juga merupakan satu tragedi berdarah yang telah
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di
Malaysia.
Pada tahun 11 dan 12
Mei 1969, kedua-dua parti tersebut telah mengadakan perarakan secara
besar-besaran tanpa izin dari pihak polis. Perarakan tersebut ialah
kesinambungan daripada perarakan jenazah yang dilakukan Parti Buruh pada 9 Mei
1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran sebelum
pilihan raya. Setelah menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya, UMNO juga
mengadakan perarakan atas kejayaan mereka. Ketika itu, perarakan ini diketuai
oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor. Perarakan provokatif ini telah
membakat semangat setiap kaum. Pergaduhan telah berlaku sehingga bantuan
ketenteraan dipanggil kerana polis gagal mengawal keadaan yang berlaku di Kuala
Lumpur. Terdapat seramai 493 orang yang cedera. Peristiwa ini telah membuka
mata banyak pihak seperti pemimpin negara sedar dan mula meneliti isu perpaduan
dengan serius kerana keganasan yang berlaku.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969:- ⧬
Layanan
Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan
Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina telah dilayan secara berbeza-beza kerana telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang
melayu dan cina.
Dasar
Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan, manakala orang-orang bandar sebagai
petani atau nelayan kecil.Melayu tinggal di luar. Kaum India pula kebanyakannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang . . Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang
Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang. . Suasana yang seperti
ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.
Latar
belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang
pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang
wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut
kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. . Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat
rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964
Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam
pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew
sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan
menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah
Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA
dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu.
Perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara
lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding
dengan kaum Cina .
Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak
kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
SOROTAN PERISTIWA:- ⧬
Sebelum
Mei 1969
Semuanya bermula sejak
dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah
Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan
perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan
orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sektor
ekonomi berbeza. Sistem pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada
kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya
penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu
mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina
menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic
Komunis di Malaya.
Pertelingkahan antara
kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957),
Pangkor(1959),Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan
kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk
apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa
kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila
Lee Kuan Yewmelalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam
kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian
Malaysia” diteruskan DAP.
Semasa kempen Pilihan
Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi
kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya
dalam pilihanraya.
9 Mei 1969
“Perarakan Mayat/Keranda”
10 Mei
1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”
Keputusan pilihanraya
menyaksikan PERIKATAN dinafikan majoriti mudah di parlimen oleh pembangkang.
GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir
menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. Walaubagaimanapun GERAKAN tidak
berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN
dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.
11 Mei
1969 “Perarakan Kemenangan DAP”
DAP membuat perarakan
kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15
motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis
Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat-
kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan
tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm,
perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers
mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli
GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta
dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam,
perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields
dan melakukan perkara sama.
12 Mei
1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN”
GERAKAN telah diberi
kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja
Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong
kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik
kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500
skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa
lagi duduk sini” dan “kita hentam lu,
sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani
teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak
‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari
apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang
perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia
sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”.
9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul
tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN)
bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat,
Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta
terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.
13 Mei
1969 “Tragedi”
Subuh, 60 penyokong
GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar
dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30
mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA.
Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu
pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah
diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak
ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang
lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya
bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang
tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu
keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah
Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku.
Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex,
Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis
dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung.
Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang
dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera
semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan
gelaran Ops Tenteram. Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar
tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat
bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196
mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai
menganggar ramai lagi dibunuh.
TINDAKAN YANG DIAMBIL SUSULAN PERISTIWA 13 MEI :- ⧬
Pengishtiharan
Darurat
Perdana Menteri ,
Tuanku Abdul Raman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang Dipertuan
Agong Malasysia untuk mengisytiharkan Darurat berdasarkan perkara 150
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. YDPA Malaysia telah mengisytiharkan darurat pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Penubuhan
Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Negara(MMN)
JPN ditubuhkan pada
tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara.
Penubuhan
Majlis Negara(MAPEN) pada 29 Jan 1970
Ia bertujuan untuk mengadakan
garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk membentuk
identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pembentukan
MAGERAN pada 17 Mei 1969
Negara diisytiharkan
darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan
Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan
Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara
(Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai
majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri
Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh
darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan
penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil
ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang
perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk
menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi
kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah
kerajaan perpaduan.
KESAN-KESAN :- ⧬
Peristiwa 13 Mei
memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik,
ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.
Politik
Kesan politik zaman
Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini yang asalnya
sangat taat dan hidup di bawah
pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasa
raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada
sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan
sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula
dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan
adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap
negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman.
Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam dalam diri masyarakat hingga
tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
Sistem yang
diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja
Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam
pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah
mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu
terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri
melalui cukai.
Ekonomi
Kesan terhadap
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem
ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem
ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara
diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini
mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar
ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Dalam perlaksanaan
dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan
kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu
mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan
kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu
sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan
kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Perbezaan jurang
ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13
Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan
penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih
baik.
Pendidikan
Pendidikan di negara
kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh
sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan
daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang
tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak
bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.
Kesinambungan daripada
peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum
Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat
tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana
mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan
sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup
berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.
Sosial
Sosial di negara pada
masa itu juga turut terjejas disebabkan ketidaksefahaman antara kaum Cina
dengan kaum Melayu kerana kaum Cina kurang mendapat perhatian di hati penjajah.
Kaum Cina juga turut ditindas dengan begitu kejam pada zaman pemerintahan
Jepun. Hal ini menyebabkan setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak
serta tidak sependapat.
KESIMPULAN:- ⧬
Peristiwa pahit 13 Mei
1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah
ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi
bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi
nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan
sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini
kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan
Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi negara dan perpaduan
penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia.
Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah
dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist,
chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni
semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.
Rujukan :- ⧬
➥http://kautahutak.blogspot.my/2012/05/tragedi-13-mei-1969.html
➥http://tragedi13mei1969.blogspot.my/
➥http://azfarsafwan.blogspot.my/
➥http://islamicplayer.blogspot.my/2013/04/faktor-peristiwa-13-mei-1969-pendidikan.html?q=13+mei
➥https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
➥http://ninieila27.blogspot.my/2014/10/kesimpulan.html
No comments:
Post a Comment